Thursday, January 5, 2012

RNO-3 : Result

Resolution number 3- dapat sekurang-kurangnya 1 A dalam salah satu modular assessment.

Pagi tadi, aku baru sahaja dapat keputusan Modular Assesment aku yang ke 4. Aku dapat C. Terus-terang, aku sangat-sangat xsangka aku dapat C. Sebab aku yakin boleh dapat B atau A, aku boleh jawap hampir semua soalan kot. Tapi keluar je keputusan. BANG!



Tiba-tiba rasa macam lemah sangat semangat. Setiap hari stay kat library sampai petang then balik rumah jalan kaki jauh-jauh semata-mata nak dapat A.

Kenapa aku nak nak sangat dapat A? Padahal bukannya penting pun. Okay, 1st, aku nak dapat A sebab aku xde passion dan semangat untuk jadik seorang doktor macam classmate2 aku yang lain. 2nd, nak jugak tengok ada melayu dapat A. 3rd, aku punya skill berkomunikasi amatlah lemah, so adanya result yang 'power' macam boleh cover lah gitu. =.='

Anyway, aku akan berusaha lebih lagi untuk dapat kan A untuk MA yang akan datang. InshaAllah!



Terima Kasih atas sokongan anda! haha.
p/s - ignore the 'kakak'.

Sunday, January 1, 2012

Resolusi Tahun 2012

Sempena tahun baru ini, aku telah buat satu senarai. Senarai resolusi-resolusi aku pada tahun ini. Pelik kan, xpenah-penah then tetiba nak buat. isk isk. Kenapa buat? ini adalah kerana aku ingin menjadi orang yang lebih baik, dan mempunyai senarai ni macam satu motivasi lah untuk aku. cehh wah. So, lepas nih, blog nih cuma pasal aku, and usaha aku untuk capai semua ini. p/s, mungkin akan berlaku penambahan, bergantung pada masa yang akan aku tempuhi. hehe.

1- dapat rank 50 dalam TETRIS BATTLE
2- buang ketagihanku kepada intenet!
3- dapat sekurang-kurangnya 1 A dalam salah satu modular assessment.
4- menyelamatkan satu nyawa
5- pandai layan budak =.=’
6- tengok sunrise kat tepi pantai
7- belajar naik kuda. ;)
8- belajar berenang,
9- membuat persembahan.
10- beli satu beg DOMO
11- berjaya save rm 1500.
12- dah master nek kete and moto. huahuahua
13- khatam quran 2 kali.
14- sampai puncak gunung!!
15- pegi singapura.
16- pegi puncak menara KL
17- ad 10 pengalaman kerja *so far 6
18- p salon mahal wat rambut mahal
19- bersukan =.=’
20- pandai cakap dan boleh buat presentation dan public speaking dengan baik.
21- jadik volunteer kat zoo, autism care centre, SPCA, rumah orang2 tua.
22- jumpa beberapa orang yang lama xjumpe. *nak mintak maaf kat diorang coz penah wat bnyk salah kat diorng. :’(
23- berjaya dapat 50 followers kat blog nih!
24- bakar 1 kek untuk birthday sesiapa
25- tingkatkan mutu my laptop! *cehh wah
26- tengok sunrise kat jambatan klcc
27- hafal 99 nama Allah SWT
28- masok satu race/run
29- piknik kat taman
30- dapat tengok shooting star
31- buat facial
32- tengok sunrise kat puncak bukit broga
33- masuk satu pertandingan